KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM DUA 6022

BAB 2: GARIS PANDUAN PENYIARAN DAN BENTUK – BENTUK PENYIARAN


DLS 5C 
ANUSHA CHANDRAN
02DLS15F2016
NIVASINI PARASARAMAN
02DLS16F1030
NUR BAIYYAH BINTI MOHAMAD AMINUDDIN
02DLS16F1084
PAUNISHA GUNASAGARAN
02DLS16F1089
HEMA NANDHINI SANMUGAM
02DLS16F1119



PENGENALAN

Bidang penyiaran dan kewartawanan adalah dua cabang utama dalam pengajian am di Malaysia. Penyiaran merujuk kepada industri penyiaran yang merangkumi penyiaran radio dan televisyen. Sejak media massa seperti radio, televisyen, akhbar, majalah mula diperkenalkan ia telah digunakan secara menyeluruh bagi menyampaikan dan mengagihkan maklumat di seluruh dunia.
Penyiaran Islam ialah suatu aktiviti yang dipancarkan kepada masyarakat yang berasaskan nilai-nilai keagamaan dan terjamin kebenarannya dengan membawa keselamatan dalam kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. Teknologi penyiaran yang diimport mengandungi fabrik sosial yang disertai nilai-nilai yang dibina bersama sebagai contoh stesen penyiaran yang terpaksa mengimport secara keseluruhan program penyiaran dari negara-negara barat
Penyiaran di Malaysia bermula sekitar tahun 1930-an, iaitu melalui kemunculan Radio Amatur Kuala Lumpur. Menurut sejarah awal bidang penyiaran ini, falsafah awal penyiaran di Malaysia adalah berasaskan falsafah pemikiran British. Pengaruh mereka amat kuat dengan perlantikan Pengarah Penyiaran yang terdiri daripada warga British, iaitu David Lyttle. Selepas empat tahun, barulah jawatan tersebut digantikan dengan anak tempatan, iaitu Dol Ramli.
Pada peringkat awal penyiaran di Malaysia, rancangan agama hanya diberi ruang masa penyiaran yang kecil berbanding dengan rancangan kategori hiburan. Walaubagaimanapun pada tahun 1957, terdapat arahan daripada kerajaan supaya siaran azan disiarkan oleh Radio Malaysia. Begitu juga, siaran bacaan al-Quran diperdengarkan pada permulaan dan penutup rancangan.
Siaran rancangan agama lebih aktif di sekitar hujung tahun 1960-an apabila Bahagian Melayu dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan rancangan-rancangan agama. Beberapa orang penyiar yang mempunyai latar belakang pendidikan agama mula dilantik sebagai penerbit. Namun begitu, pada sekitar tahun 1971, banyak tuntutan dan desakan daripada masyarakat Islam menghendaki rancangan agama yang lebih banyak disiarkan melalui radio dan televisyen. Oleh itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mula mewujudkan Unit Agama dan Dakwah yang selaras dengan penstrukturan semula unit-unit lain.


GARIS PANDUAN PENYIARAN

Garis panduan penyiaran merupakan satu perkara penting bagi melindungi kepentingan orang awam, Negara dan kerajaan daripada anasir-anasir yang boleh mengancam perpaduan dan pertumbuhan Negara yang disebarkan oleh media penyiaran. Tujuan garis panduan ini adalah untuk memastikan semua bentuk penyiaran melalui radio dan televisyen di Malaysia memenuhi dasar-dasar dan aspirasi Negara ke arah mencapai Wawasan 2020.
Garis panduan ini ditujukan kepada mereka yang terlibat dalam penerbitan dan penyiaran apa jua bahan siaran di radio dan televisyen. Semua stesen radio dan televisyen yang dilesenkan di bawah Akta Penyiaran 1988 (Pindaan 1996), mesti menggunakan garis panduan ini. Antara garis panduan yang mesti dipatuhi oleh setiap stesen penyiaran adalah dari segi bahan-bahan siaran sama ada ia merupakan bahan yang boleh disiarkan atau sebaliknya.
Antara bahan siaran yang harus mematuhi garis panduan tersebut ialah siaran berita dan siaran hiburan. Ciri-ciri siaran berita yang boleh disiarkan adalah bahan tersebut mestilah menyokong wawasan Negara, menghormati sensitiviti atau kepekaan rakyat, dan memaparkan keindahan dan kemajuan Negara. Manakala, ciri-ciri siaran berita yang tidak boleh disiarkan adalah bahan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang individu, menjejaskan imej Malaysia dan memperkecil Negara yang ada hubungan baik dengannya serta menimbulkan sentiment kesukuan, keagamaan, asal keturunan dan antara golongan.
Seterusnya, ciri-ciri siaran hiburan yang boleh disiarkan adalah lagu-lagu yang sesuai dengan cita rasa majoriti masyarakat Malaysia dan mencerminkan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Serta muzik, nyanyian, seni lakon dan seni tari yang membina watak dan peribadi manusia yang sihat, berbudi bahasa, cergas dan maju. Manakala, siaran hiburan yang tidak boleh disiarkan adalah, tarian-tarian tidak sopan dan bertentangan dengan seni tari Malaysia. Seni kata yang menghina agama, bangsa dan yang menyinggung peribadi seseorang juga tidak boleh disiarkan.
            Terdapat juga garis panduan yang telah ditetapkan oleh kementerian dalam siaran hiburan. Antaranya, dari aspek perihal artis, iaitu rambut artis lelaki tidak boleh panjang, rambut mesti disikat dengan rapi dan didandan dengan kemas. Dari segi pakaian pula, pakaian artis lelaki mestilah lengkap, kemas dan sopan, seluar yang tidak terlalu ketat dan tidak boleh memakai subang pada bahagian telinga dan hidung. Bagi artis perempuan pula, pakaian mereka mestilah tidak mendedahkan sebahagian besar dada dan perut, skirt mesti di bawah paras lutut dan pakaian mestilah lengkap, kemas dan sopan.
Dari aspek tata kelakuan pula, artis tersebut mestilah tidak membuat pengucapan yang menggalakkan ke arah kemungkaran atau menyentuh sensitiviti agama atau kaum melalui lirik lagu, skrip komedi atau drama. Dan mereka juga tidak terikat atau melibatkan diri dengan apa-apa perkara atau perlakuan yang boleh dianggap sebagai keruntuhan akhlak atau antisosial. Manakala, penerbit dan pengarah pula, sekiranya penerbit dan pengarah yang terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral, mereka akan didakwa dan disabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman.
Garis panduan ini telah diselidik dan dilengkapkan oleh Kementerian Penerangan Malaysia pada 13 Ogos 1997 untuk memberi satu garis panduan kepada semua media penyiaran di Negara ini. Garis panduan ini telah diterbitkan secara rasmi pada Februari 1998 oleh Kementerian Penerangan Malaysia.

PENGERTIAN PENYIARAN DAN PENYIARAN ISLAM
Penyiaran

Berdasarkan Kamus Dewan (2007), penyiaran didefinisikan sebagai aktiviti mengadun atau memancarkan rancangan radio dan televisyen kepada khalayak di sekitar kawasan yang dapat diliputi oleh alat penerima siaran dengan menggunakan system analog, satelit atau kabel. Dari segi bahasa (etimologi), penyiaran bererti proses, cara dan perbuatan menyiarkan. Dari segi istilah (terminologi) pula, penyiaran bermaksud proses komunikasi yang disampaikan kepada audiens, iaitu suatu proses pengiriman maklumat daripada seseorang kepada masyarakat melalui proses pemancaran elektromagnetik atau gelombang yang lebih tinggi (J.B Wahyudi, 1996).
Penyiaran Islam ialah suatu aktiviti yang dipancarkan kepada khalayak berasaskan nilai-nilai keagamaan dan terjamin kebenarannya serta membawa keselamatan dalam kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. Menurut Ramli Abd. Rahim (1993), penyiaran azan menandakan waktu solat TV1 dan segmen doa TV3 tidak cukup untuk memberi gambaran bahawa persembahan televisyen kita sudah islamik. Begitu juga, kebanyakan masyarakat berpendapat bahawa penyiaran Islam hanya tertumpu kepada program yang berbentuk ceramah, forum atau soal jawab agama sahaja dan sesetengah orang pula beranggapan bahawa penyiaran Islam tidak wujud.
Menurut pandangan Abdullah Nasih ‘Ulwan dan Eric A. Winkel yang mengatakan banyak program televisyen menyebarkan kemungkaran seperti pemaparan adegan-adegan lucah dan ganas dan perkara ini bertentangan dengan maqasid al-syariah yang menegah perkara berikut. Menurut Zulkiplie Abd. Ghani (2003) pula, mengatakan salah satu cara yang membolehkan Amerika Syarikat mengembangkan dominasi ekonomi mereka dengan mengimport program penyiaran yang khususnya dari negara-negara Barat.

Konsep Penyiaran Islam

Konsep penyiaran Islam yang asas adalah bergantung kepada tasawur kemanusiaan yang dilihat dari perspektif Islam, iaitu hubungan tiga segi antara Allah SWT, manusia dan masyarakat (Islamic triangular relationship) (Ibrahim Abu Nab, 1984).
Melalui hubungan dengan Allah, manusia berkomunikasi dengan Allah secara vertikal untuk memenuhi asas penciptaan. Dan semua kerja hendaklah sehingga menghasilkan output penyiaran yang dianggap ibadah sekiranya ikhlas kerana Allah. Seterusnya, hubungan dengan manusia. Manusia telah dilengkapkan keupayaan mendengar, melihat, kognitif dan boleh membezakan antara baik dengan buruk. Penyiaran ini dianggap sebagai jalan bagi mengenali Allah. Dan akhir sekali, hubungan dengan masyarakat. Aklak merupakan prinsip asas dalam merancang fungsi penyiaran. Oleh itu, objektif tertinggi penyiaran Islam adalah memperoleh keseimbangan spiritual dan fizikal masyarakat.     
Zulkiplie Abd. Ghani, 2009, mengatakan bahawa penubuhan media penyiaran yang berkonsepkan Islam dilihat sebagai satu perubahan yang mengikut peredaran masa dan sesuai dengan masa kini. Media penyiaran Islam dilihat semakin mendapat perhatian dan mencetuskan fenomena positif dalam kalangan masyarakat. Penubuhan media penyiaran yang berkonsepkan Islam merupakan sebuah platform baharu untuk mengembangkan dan menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Dan seterusnya membantu untuk memberi kefahaman mengenai Islam yang mendalam dan mudah melalui bentuk audiovisual kepada audiens.




AKTA PENYIARAN

 Terutamanya terdpat tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa serta tafsiran .Selain itu, Lesen untuk menyiarkan yang menyentuh keistimewaan eksekutif/ kerajaan, lesen untuk menyiarkan, penalti, tempoh tangguh, kesalahan lesen, kuasa menteri untuk mengubah, membatalkan atau mengenakan syarat tambahan dan pembatalan atau penggantungan lesen .Seterusnya,Kuasa menteri untuk memberi arahan dan membenarkan pemeriksaan . Di sampimg itu terdpat lesen bagi memasang atau mengendalikan atau berniaga alat terima siaran radio atau alat terima siaran televisyen. Akhirnya,Menerangkan kuasa menggeladah, perwakilankuasakuasamenterimemberi kuasa atau memberi lesen dan menentukan kadar dan menetapkan terma dan syarat mesej iklan, kuasa khas dalam darurat dan kuasa untuk membuat peraturan. Akta Penyiaran mengandungi peruntukan mengenai kawalan perkhidmatan penyiaran dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. Terdapat lima bahagian berasingan di bawah Akta Penyiaran 1988 ini. Kuasa yang diwujudkan di bawah Akta Penyiaran 1988 adalah mutlak dan dikawal oleh Menteri Penerangan. Tujuan akta ini diwujudkan adalah untuk memastikan TV3 atau mana-mana institusi penyiaran yang mungkin akan wujud pada masa akan datang tidak dapat mengelakkan daripada kawalan kerajaan.
Pada tahun 1996, akta ini telah dipinda dan dinamakan Akta Penyiaran (Pindaan) 1996. Namun, pada tahun 1996 juga telah wujud rancangan Multimedia Super Corridor (MSC). Maka, akta ini telah dimansuhkan dan diganti dengan akta baharu, iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) ini mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006. Akta ini mengandungi 11 bahagian dengan 282 seksyen.












KOD ETIKA PENYIARAN DALAM ISLAM

Penyiaran di Malaysia, sama ada terbitan dalaman atau dibekalkan oleh pihak luar, wajib mematuhi undang-undang negara, peraturan – peraturan dan nilai – nilai yang sedia bertamadun berbudaya maju dan dasar semasa kerajaan
1.      Undang – undang dan akta yang berkaitan
Satu rangka kod kandungan telah digubal untuk mempertingkatkan bermoral tinggi.
2.      Setiap bentuk persembahan penerbitan rancangan yang disiarkan melalui salauran radio dan televisyen mana – mana media ditetapkan antaranya :
i)       Rukun Negara
ii)     Sosiobudaya Malaysia
iii)   Garis panduan penapisan LPF (Lembaga Penapis Filem Malaysia)
Misi dan visi Jabatan Penyiaran Kod Etika Penyiaran merupakam garis panduan kepada penyiar media penyiaran sama ada penerbit, pengarah, pembekal rancangan, pengiklanan, juruhebah, wartawan , pengacara,pembaca berita, karyawan, artis,petugas atau sesiapa sahaja yang melibatkan diri dalam penyiaran.
            Kod Etika Penyiaran ini dirangka untuk melindungi kepentingan orang awam, negara dan kerajaan daripada anasir – anasir yang boleh mengancam perpaduan dan pertubuhan negara yang disebarkan melalui media penyiaran. Garis Panduan ini juga duwujudkan atas dasar tanggungjawab dan kepakaan kerajaan terhadap kehendak masyarakat, tata nilai dan sosiobudaya negara serta hasrat kerajaan untuk mewujudkan bangsa yang dasar – karya dan kreativiti di samping memelihara aspek nilai – nilai keagamaan, sosiobudaya berbilang kaum dan peka terhadap sensitiviti di Malaysia seperti:
1.      Melarang kandungan yang tidak sopan seperti bahan yang menyinggung sombong dan bertentangan dengan perlakuan yang diterima pakai oleh masyarakat setempat, contohnya:
·         Pakaian
·         Kelakuan
·         Percakapan / Lirik
·         Bunyi
·         Simbol
·         Grafik

2.      Melarang kandungan yang lucah seperti mengandungi unsur – unsur seks kerana penggambaran adegen berahi yang menyinggung tatasusila dan kesopanan, contohnya:
·         Adegen rogol
·         Adegen berahi
·         Bogel
·         Kegiatan seks manusia atau haiwan
·         Pornografi
3.      Melarang kandungan tidak benar seperti mengandungi bahan palsu, mengelirukan, meragukan dan maklumat tidak lengkap, contohnya:
·         Petikan al-Quran yang tidak lengkap
·         Petikan hadis yang tidak lengkap
·         Tahyul
4.      Melarang kandungan mengancam melalui kata – kata atau perbualan seperti kandungan yang mendorong keganasan, mencederakan, berniat buruk serta menggalakkan perlakuan jenayah dan kacau bilau dari segi mental dan fizikal. Contohnya:
·         Keganasan
·         Adu domba
·         Pengapian
·         Zalim
·         Hasutan
·         Ketenteraman awam
·         Perkauman
·         Penderaan terhadap manusia dan haiwan
·         Kerosakan alam sekitar
5.      Kandungan yang menyinggung perasaan seperti merujuk kepada sebarang gambaran (perkataan, bunyi atau visual) yang boleh merendahkan martabat seseorang atau sekumpulan orang berdasarkan kaum, etnik, agama, kewarganegaraan, jantina atau orang kurang upaya secara mental dan fizikal. Contohnya
·         Kehidupan daif
·         Kelemahan
·         Sosiobudaya
·         Stereotaio (mengaitkan unsur negative sesuata etnik)
·         Mencaci
·         Keaiban
6.      Kandungan kekeluargaan seperti gambaran nilai – nilai murni dalam sesebuah keluarga,contohnya:
·         Hormat – menghormati
·         Kemesraan
·         Berbudi bahasa
·         Kesedaran sivik
·         Teladan yang baik
·         Mengelakkan temu ramah kanak – kanak mengenai isu – isu rahsia keluarga
·         Tidah mengeksploitasikan kanak – kanak
7.      Kandungan perpaduan kaum seperti mewujudkan perpaduan, keharmonian dan muhibah, contohnya:
·         Berbilang kaum
·         Nilai – nilai murni
·         Intergrasi nasional
·         Kebudayaan
·         Semangat patriotik
8.      Kandungan sensitiviti agama seperti menghormati pegangan agama. Contoh:
·         Tidak mempercayai agama
·         Penghinaan terhadap agama
·         Amalan yang bertentangan dengan ajaran al – Quran
·         Tidak boleh menggambarkan wajah, suara, watak Allah SWT dan Nabi – nabi
·         Peristiwa yang benar berlaku dan dilakonkan semula hendaklah diberitahu lakon semula (di radio) atau dinyatakan LAKON SEMULA (di TV).
Selain kod kandungan untuk memelihara nilai – nilai keagamaan, sosiobudaya dan sensitivity, kod perlindungan kanak – kanak juga digubal untuk menjaga perlindungan kanak – kanak. Antara yang digubal adalah berkaitan dengan:
1.      Bahasa yang digunakan harus memberikan teladan dan kesan yang baik kepada kanak – kanak. Penggunaan bahasa kesat, bahasa pasar, bahasa lucah dan bahasa yang memberikan konotasi interpretasi yang negative perlu dielakkan.
2.      Audio dan visual yang boleh menyumbangkan kepada perkembangan social,emosi,intelektual dan fizikal kanak – kanak mestilah tidak mengandungi :
·         Babak yang boleh mendatangkan, menimbulkan, membawa kesan kepuasan daripada kesakitan atau keaiban.
3.      Kategori kanak – kanak adalah berumur 15 tahun ke bawah
4.      Rancangan kanak – kanak didefinisikan sebagai rancangan untuk mengisi kerperluan, difahami dan dihargai kanak – kanak
Penggunaan bahasa juga merupakan satu perkara penting yang perlu difahami dan dipatuhi oleh media penyiaran. Antara perkara yang perlu dipatuhi ialah:
·         Bahasa rojak tidak dibenarkan
·         Penggunaannya dibenarkan dalam konteks yang tertentu mengikut keperluan cerita tetapi hendaklah tidak keterlaluan
·         Berpandukan garis panduan Dewan Bahasa dan Pustaka
·         Seboleh – bolehnya menggunakan bahasa Melayu standard
·         Rancangan berbahasa Melayu, perlu diberi sari kata sekiranya ada dialog, temu ramah, suara latar selain bahasa Melayu (tidak termasuk siaran langsung).
·         Dialek bahasa boleh digunakan dalam keadaan tertentu
·         Menggunakan bahasa Melayu standard.
·         Bahasa kesat lucah tidak dibenarkan
·         Penggunaan bahasa yang mempunyai dwi makna yang boleh menyinggung perasaan penonton hendaklah dielakkan.
Setiap media penyiaran juga perlu mematuhi etika aural / visual seperti: 
·         Elakkan aural / visual yang menjatuhkan imej seseorang
·         Aural / visual yang tidak menjijikkan
·         Elakkan aural / visual yang ganas atau mengerikan







KOD ETIKA PENGIKLANAN

Kod etika ini dirangka untuk melindungi kepentingan orang awam, negara dan kerajaan daripada anasir-anasir yang boleh mengancam perpaduan dan pertumbuhan negara yang disebarkan melalui media penyiaran. Kod ini juga diwujudkan atas rasa tanggungjawab dan kepekaan kerajaan terhadap kehendak masyarakat, tata nilai dan sosiobudaya negara serta hasrat kerajaan untuk mewujudkan satu bangsa yang bertamadun, berbudaya maju dan bermoral tinggi. 

           
Kod iklan ini hanya diguna pakai terhadap iklan-iklan komersial yang disiarkan di stesen radio atau TV sahaja. Kod ini telah berkuat kuasa mulai 1 oktober 1998. Menteri ialah pihak berkuasa mengikut budi bicaranya untuk meminda, membatalkan atau menambah mana-mana peraturan di dalam kod ini dari semasa ke semasa. Mana-mana keraguan tentang perkataan atupun ayat di dalam kod ini hendaklah diperjelaskan oleh Menteri yang keputusannya adalah muktamad. Adalah menjadi kewajipan pemegang lesen penyiaran menentukan bahawa iklan yang disiarkannya mematuhi kod ini dan arahan yang diberikan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

            Di dalam kod etika pengiklanan, terdapat tafsiran bagi sesetengah perkataan yang hendaklah digunakan secara tersurat atau tersirat. Kod ini hendaklah terpakai bagi semua urusan pengiklanan media elektronik di stesen radio dan TV. Antara tafsiran dalam kod ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain:

(a) "Menteri" ertinya Menteri yang bertanggunjawab bagi penyiaran.
            (b) "Kementerian" ertinya Kementerian Penerangan 
            (c) "Pihak Berkuasa" ertinya Menteri Penerangan atau mana-mana pegawai
                   kementerian yang diberi kuasa oleh Menteri berkenaan.
            (d) "Lesen" ertinya lesen penyiaran yang dikeluarkan di bawah Akta Penyiaran      
                   1988.
            (e)  "Barangan" ertinya apa-apa produk, perkhidmatan dan kemudahan yang
                   diiklankan.
            (f)  "Iklan" ertinya apa-apa tanda, gambaran atau bunyi yang dipancarkan melalui
                   media elektronik bagi maksud pengiklanan dan masa siarannya dibayar oleh
                   pengiklan.
            (g)  "Kanak-kanak" ertinya kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah.
(h)  "Pengguna" ertinya mana-mana orang atau organisasi yang menggunakan
        masa siaran perdangagan bagi tujuan pengiklanan atau yang menerbitkan
        iklan.

Iklan hendaklah tidak mengandungi apa-apa perkara yang mungkin mendatangkan atau menyokong perbuatan kekerasan, jenayah, penyalahgunaan undang-undang atau tingkah laku antisosial. Iklan juga tidak boleh mengandungi kenyataan, gambaran fizikal, perbuatan sumbang atau sesuatu yang bole dianggap sebagai biadap, lucah dan jijik terhadap perasaan dan cita rasa pengguna. Iklan tidak boleh menghina moral, sivil dan pegangan agama rakyat. Iklan mesti menghormati kemuliaan manusia dalam segala bentuk dan ungkapan.
   
Etika bagi wanita dan lelaki dalam iklan hendaklah mematuhi:
            (a) Autoriti
                  Kaum wanita dan lelaki hendaklah ditunjukkan secara berautiriti dan berhak  
                  dalam menentukan sesuatu.
            (b) Hak membuat keputusan
                  Iklan mesti menunujukkan kaum wanita dan lelaki adalah sama-sama berkuasa   
                  untuk membuat keputusan dalam menentukan pembelian.
            (c) Keganasan
                  Pengiklanan tidak boleh menunjukkan kaum lelaki mengugut atau menindas
                  kaum wanita dan sebaliknya.
            (d) Perbandingan jantina
                   Pengiklan tidak boleh mengeksploitasi kaum wanita dan lelaki berdasarkan
                   jantina apabila mempromosikan barangan mereka.
            (e) Kepelbagaian
      Iklan mesti menujukkan bahawa peringkat umur kaum wanita dan lelaki yang
      dipelbagaikan boleh turut serta dalam sebarang bentuk aktiviti, baik di rumah
      mahupun di luar rumah.

Iklan yang disiarkan mesti mengambil kira kanak-kanak dalam iklan seperti:

            (a) Pengiklan tidak boleh menjual barangan yang bukan untuk kanak-kanak.
(b) Penggunaan kanak-kanak dalam iklan tidak digalakkan melainkan jika
      barangan yang diiklankan mempunyai kaitan secara langsung kepadanya.
            (c) Iklan hendaklah tidak mempromosi apa jua barangan yang boleh
                  membahayakan kanak-kanak sama ada dari segi fizikal, mental mahupun
                  moral.
(d) Iklan tidak dibenarkan mengambil kesempatan terhadap sifat mudah percaya
      dan ketaatan kanak-kanak.

Barangan jenama rokok:

 (a) Apa-apa jenis perniagaan yang menggunakan jenama rokok hendaklah
       menjalankan urus niaga yang bukannya mengiklankan rokok.
            (b) Gambar pek atau rokok ataupun sebahagian daripada pek atau rokok tidak
                  dibenarkan.
            (c) Barangan yang menyerupai atau mirip dengan pek rokok, rokok atau aksesori
                  merokok juga tidak dibenarkan.

Iklan-iklan ubat, racun makhluk perosak, iklan makanan dan minuman yang mengandungi tuntutan dan iklan Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara:

            (a) Iklan ubat, rawatan dan kemudahan perubatan adalah di bawah bidang kuasa
                  Lembaga Iklan Ubat, Kementerian Kesihatan Malaysia.
            (b) Iklan racun makhluk perosak adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Racun  
                  makhluk Perosak, Kementerian Pertanian Malaysia.
            (c) Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara adalah di bawah bidang kuasa Unit  
                  Pengajian Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia.








Barangan dan adegan yang tidak boleh diiklankan seperti:

            (a) Khinzir dan barangan yang berkaitan dengannya.
            (b) Minuman beralkohol, arak dan jenama barangan yang berkaitan dengannya.
            (c) Apa-apa bentuk spekulasi kewangan yang bertujuan mempromosi atau menarik
                  minat pembelian sesuatu stok atau saham.
            (d) Apa-apa bahan yang diharamkan melalui Akta Perkhidmatan Pos 1991(Akta
                  465) yang bertujuan untuk menipu dan mengelirukan.
            (e) Notis-notis kematian, urusan pengebumian, tugu-tugu perkuburan.

BENTUK-BENTUK PENYIARAN
  
Media penyiaran memainkan peranan yang penting kepada masyarakat di Malaysia dalam menyampaikan maklumat dan juga sebagai medan sosial bagi mempercepat proses modenisasi. Di Malaysia, terdapat dua jenis media penyiaran, iaitu media penyiaran melalui televisyen dan radio. Dua medium ini pada awalnya menjadi alat utama bagi pihak kerajaan untuk menyampaikan mesej-mesej pembangunan.      
Media penyiaran di Malaysia juga mengalami perubahan dari semasa ke semasa dalam meningkatkan tahap kecekapan media penyiaran di Malaysia. Televisyen dan radio menjadi alat hiburan dan pendidikan melalui program TV yang disusun rapi bagi memenuhi keperluan setiap lapisan masyarakat. Media penyiaran ini bukan sahaja berperanan sebagai alat hiburan dan pendidikan semata-mata. Malah sejak beberapa tahun ini, sudah terdapat media penyiaran yang bermatlamat untuk penyebaran ilmu Islam. Dengan kewujudan media penyiaran yang berkonsepkan keislaman, maka program-program yang disiarkan perlu selari dengan konsep al-thabat (tetap) dan murunah (fleksibel).            
Terdapat beberapa objektif rancangan-rancangan agama di televisyen dan radio. Antaranya adalah untuk menguatkan akidah umat Islam, memupuk semangat cintakan Allah, rasul dan Negara dalam konteks Mukmin sebenar, memupuk semangat perpaduan, muhibah dan toleransi serta memupuk umat Islam supaya kuat berusaha, berdikari dan mengejar setiap lapangan kemajuan.     
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dann hendaklah ada di antara kamu satu puak yang meny1eru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”. (Surah Ali ‘Imran 3:104)

MEDIA MASSA


            Media dari segi Bahasa, bermaksud alat atau perantara komunikasi (perhubungan) yang digunakan dalam penyampaian pesanan dari sumber kepada khalayak dengan menggunakan mekanis seperti surat khabar, filem, radio, dan televisyen.
Media pada zaman Rasulullah SAW banyak menggunakan syair, khutbah atau seruan. Pelbagai media dan metodologi diunakan untuk menarik minat golongan bukan Islam. Oleh hal yang demikian, kita dapat memahami bahawa Islam menggalakkan pengikutnya menggunakan media dalam menyampaikan maklumat kepada manusia.
Media massa pula ialah pelbagai teknologi media yang bertujuan untuk mencapai sejumlah pengguna media melalui perhubungan pukal. Menurut Cangara, media massa merupakan “ alat yang digunakan dalam menyampaikan maklumat daripada sumber kepada masyarakat dengan menggunakan alat komunikasi seperti surat khabar dalam talian, filem, radio, televisyen dan internet.
Media massa sebenarnya merupakan pendorong utama dalam proses pembangunan Negara. Pembangunan boleh berlaku apabila masyarakat ingin menerima perubahan dan pembaharuan.
Terdapat beberapa kebaikan pendedahan melalui media massa kepada individu, kelurga dan masyarakat, dan Negara. Antara contoh kebaikan kepada individu ialah, mendapat maklumat dengan pantas, mengisi masa lapang dan meningkatkan ilmu pengetahuan. Kebaikan kepada keluarga dan masyarakat pula ialah memudahkan komunikasi jarak jauh, mengenali trend semasa dan juga isu-isu sosial, menjadi saluran ilmu dan menjadi penyampaian mesej.
Antara kebaikan kepada Negara pula ialah sebagai agen pembangunan dan perpaduan Negara, dapat mengenal perkembangan isu-isu dalam dan luar Negara dan dapat mengukuhkan hubungan antara Negara.disamping itu, tahap psikologi penerimaan masyarakat ialah antaranya minat, kesedaran, percubaan, penilaian dan penerimaan.
Terdapat juga kesan buruk penyiaran melalui media massa ini antaranya terhadap individu, fitnah mudah berlaku, keruntuhan akhlak individu, kurang mengadakan aktiviti luar dan juga boleh mengaibkan nama seseorang individu. Terhadap keluarga dan masyarakat pula ialah kurangnya pergaulan (anti-sosial), boleh mencemarkan imej keluarga, mengubahkan pemikiran dan kelakuan masyarakat dan juga mudah terpengaruh dengan budaya barat.Akhir sekali ialah keburukan penyiaran melalui media massa terhadap Negara adalah antaranya ianya dapat mengugat perpaduan Negara, mencemarkan imej Negara dan mengancam keselamatan Negara.

MEDIA CETAK

Media cetak merupakan alat dan saluran komunikasi yang berupa bahan cetakan atau terbitan objek fizikal seperti akhbar, buku, risalah, komik dan lain-lain.
Antara kelebihan penyiaran melalui media cetak ialah dapat dibaca berulang kali dengan menyimpannya sebagai bahan bacaan, dapat membuat orang yang berfikir lebih spesifik tentang isi tulisan dan harga lebih berpatutan.


Kekurangannya pula ialah ianya lambat dalam memberikan maklumat semasa kerana ia perlu dicetak dan diterbitkan dahulu oleh penerbit, selain itu ianya hanya berupa tulisan dan hanya dapat memberikan visual berupa gambar yang mewakili isi berita.
Fungsi media cetak dalam penyiaran ialah sebagai media informasi, media pendidikan, meningkatkan intelektual kehidupan masyarakat dan membantu memperkuat kesatuan nasional.

MEDIA ELEKTRONIK

Media elektronik merupakan salah satu medan penyiaran yang berfungsi sebagai alat atau saluran komunikasi yang berupa alat-alat elektronik moden seperti radio, tv, dan lain-lain.

Antara kelebihannya ialah pantas dalam menyebarkan berita kepada masyarakat. Selain itu, ianya juga mempunyai audio visual yang memudahkan para pendengar memahami berita semasa. Disamping itu, ianya juga dapat menyampaikan berita secara langsung dari tempat kejadian.
Akhir sekali ialah kekurangan penggunaan media elektronik dalam penyiaran ialah dalam penyediaan berita pada media elektronik ianya tidak dapat mengulang apa yang telah ditayang.





KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kewujudan penyiaran Islam di Malaysia telah membawa satu sinar baharu kepada masyarakat di Negara ini. Jika dilihat pada masa kini, dakwah perlu disampaikan kepada masyarakat melalui medium yang menarik dan cepat. Bermula daripada kemunculan Astro Oasis dan TV Alhijrah serta dengan program-program yang disiarkan yang berunsurkan agama dan program realiti TV yang berunsurkan Islamik telah menjadikan stesen televisyen ini mendapat rating tertinggi. 
Semua orang yang terlibat dalam penerbitan dan penyiaran haruslah mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan demi mencapai Wawasan 2020. Serta mematuhi semua akta dan peraturan yang telah ditetapkan. Selain itu, mereka juga perlu mematuhi Kod Etika Penyiaran yang dirangka untuk melindungi kepentingan orang awam, Negara dan kerajaan daripada anasir-anasir yang boleh mengancam perpaduan dan pertubuhan Negara yang disebarkan melalui media penyiaran. 

Akhir sekali, media penyiaran memainkan peranan yang penting kepada masyarakat di Malaysia dalam menyampaikan maklumat dan juga sebagai medan sosial bagi mempercepat proses modenisasi. Di Malaysia, terdapat dua jenis media penyiaran, iaitu media penyiaran melalui televisyen dan radio. Dua medium ini pada awalnya menjadi alat utama bagi pihak kerajaan untuk menyampaikan mesej-mesej pembangunan.



Comments